Wednesday 1 February 2017







Kebaikan Menggunakan Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.




KID 530
INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY DEVELOPMENT IN EARLY CHILDHOOD
SUZEN VALENDA BINTI JANITIUS
EC1412063
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
GURU ATAU PENGURUS TASKA 







1.   PENDAHULUAN

Kompter ialah alat eletronik yang berupaya untuk menerima data, memproses data, menghasilkan maklumat serta menyimpan data dan maklumat menjadi transformasi.
Catatan pertama penggunaan perkataan ‘komputer’ adalah direkodkan pada tahun 1613, merjk kepada orang yang melakukan pengiraan, atau komputasi, dan perkataan itu berterusan dengan makna yang sama hingga pertengahan abad ke-20. Sejak akhir abad ke-19, kata itu mla membentuk maksud yang lebih jelas, iaitu merujuk kepada mesin yang melakukan komputasi.
Oleh demikian, dalam usaha merapatkan jurang digital antara lokasi, guru dan pelajar, penggunaan ICT/komputer telah diperluaskan bukan sahaja di peringkat sekolah rendah dan menegah, malahan di peringkat prasekolah. Pelbagai pendekatan yang sesuai dengan minat dan kebolehan kanak-kanak digunakan bagi mencapai hasil pembelajaran dalam kurikulum pendidikan prasekolah.



2.     ISI KANDNGAN

·        Pertingkatkan Kemahiran Pembelajaran Kanak-Kanak ;
Kajian menunjukkan penggunaan komputer membantu merangsang minda yang berkembang, memperbaiki pengenalan huruf, kemahiran dan komunikasi lisan serta kemahiran berkonsep. Ia turut membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dan dapat belajar dengan lebih cepat. Ini kerana, grafik computer mampu menarik minat kanak-kanak untuk belajar dengan menggunakan teknologi ini. Oleh itu, proses mendapatkan pengetahuan lebih senang dalam kalangan kanak-kanak.

·        Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Akan Lebih Menarik Dan Berkesan;
contohnya menggunakan powerpoint, flash, video, visual. Dengan itu, guru hanya perlu mengaplikasikan teknologi tersebut semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Ianya amat menarik kerana bercorak interaktif. Dapat menggunakan pelbagai media seperti grafik, bunyi, audio dan video.

·        Merangsang kreativiti;
Peluang untuk membentuk kreativiti menerusi penggunaan computer adalah tiada batasan. Program yang membolehkan kanak-kanak menggunakan pelbagai aplikasi contohnya seperti dapat menggubah lagu, menyelesaikan masalah logik kompleks dan pelbagai lagi membantu membuka ‘jendela peluang’ untuk imaginasi dan kreativiti. Oleh itu, pengetahuan kanak-kanak tidak terhad kepada pengetahuan yang diperolehi di sekelilingnya malahan dengan mendedahkan kanak-kanak kepada teknologi maklumat akan membolehkan mereka melihat dunia luar bagi meningkatkan ilmu seterusnya membuka peluang untuk memperkembangkan kreativiti mereka.

·        Medium Komunikasi ;
Mampu membantu kanak-kanak untuk berinteraksi dengan kanak-kanak dari luar negara serta memperoleh maklumat dari seluruh dunia dan ini dapat membantu meningkatkan lagi kepentingan penggunaan ICT. Dengan itu, kanak-kanak akan terdedah kepada pebagai persekitaran dan tidak tertumpu kepada sekeilingnya. Oleh itu, guru harus mengambil tanggungjawab untuk meningkatkan potensi dan kecekapan kanak-kanak dalam penggunaan ICT dan melibatkan kanak-kanak dengan pelbagai pengalaman pembelajaran yang positif.

·        Memberi Peluang Pembelajaran Yang Sama Kepada Semua Murid  Yang Pelbagai Keupayaan ;
Di dalam sesebuah kelas tidak semua murid mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru. Walaupun terdapat murid yang agak lemah di dalam kelas, namun mereka juga boleh belajar dan menggunakan komputer di kelas. Ini kerana sesuatu kaedah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru tidak semestinya mampu memberikan pengetahuan yang cepat dalam seseorang kanak-kanak. Semua orang mempunyai teknik menerima pengetahuan yang berbeza. Penggunaan ICT merupakan salah satu teknik pengajaran yang harus diaplikasikan oleh guru bagi membolehkan setiap kanak-kanak menerima maklumat atau pengetahuan dengan betul.


3.   KESIMPULAN
Kesimpulannya, penggunaan komputer dalam kelas dapat mendatangkan banyak kepentingan kepada guru sepanjang melaksanakan kerja sebagai seorang guru. penggunaan komputer ini juga memjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik, menarik perhatian kanak-kanak dan memberikan pengalaman baru kepada kanak-kanak seterusnya membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran dan memupuk kreativiti dalam kalangan kanak-kanak serta dapat memberi peluang yang sama kepada murid yang pelbagai keupayaan. oleh demikian, penggunaan komputer membolehkan kanak-kanak meneroka dunia luar dan memperoleh pengalaman baru seterusnya meningkatkan daya kreativiti dalam kalangan kanak-kanak.

1 comment:

  1. Slot Gossip, the best online casino site!
    Play Slot Gossip online slot machine and win BIG! ➤ Register and play now luckyclub.live and win BIG at Lucky Club! ➤ Enjoy ✓Fast payouts ☆ Join.

    ReplyDelete